Tuesday 22 March 2011

apa sudah jadi..X mampu nak menipu lg ke PKR ni?(jgn marah)

SENJATA NCR PR MAKAN TUAN DI BAKUN

BELAGA- Laungan slogan "TANAH ADALAH KEHIDUPAN ADALAH TANAH" Nampaknya tidak dipedulikan oleh orang Belaga. Sebaliknya senjata ini makan tuan apabila Rakyat Belaga sudah faham dan tahu apa agenda sebalik isu NCR yg cuba diperjuangkan oleh PKR di Belaga.

Kenapa mereka bermati-matian perjuangan NCR??? huhu..agenda semakin kelihatan kerana tidak ada lagi isu lain yang mereka nak persoalkan di Belaga. Mana taknya YB serta kerjaan sudah berusaha keras dan hampir semua isu diselesaikan. KENAPA mereka masih perjuangkan NCR??? mereka sudah nampak lubuk $$$$$$. Mereka kesana kesini cuba mencari kes dan sangat terdesak kerana itu memang kerja mereka. Menyeluk duit orang kampung dengan claim bayar MAHKAMAH!!!AWAS!!!!

Agenda mereka ini terbukti, apabila minta duit dari TR Bato Bagi, Naha Jaley untuk bayar kos makamah kononnya. Sebaliknya Kes TR Bato Bagi tak perlu dibawa ke mahkamah pun. Kerajaan telah mengiktiraf kampung Naha Jaley dan telah membayar mereka pampasan ke atas NCR mereka.

Mereka nak janjikan Tanah, sungai dan gunung kepada penyokong mereka??? Sudah pasti mereka nak kembalikan kehidupan ORANG BELAGA seperti 10 Tahun yang lepas. Kembalikan kesusahan dan keperitan yang dilalui nenek moyang kepada generasi baru. SEDANG Mereka yang menghasut orang kampung ini tinggal mewah di bandar.

Perjuangan Mereka kononnya Tanah, tetapi tanah mereka ini di kampung tidak di usahakan. Awaslah rakyat Belaga. asapkoyan ingin menulis ini sekedar menyedarkan kita bahawa perjuangan mereka adalah bukan perjuangan unutk rakyat...sebaliknya perjuangan mereka adalah untuk periuk NASI Lubang duit mereka.

cuba teliti dgn baik..sapa betul dan sapa slh...

BARU vs ADENAN???

Baru Bian tidak patut mendabik dada mahu berdebat dengan KM
Posted by Rebecz

KUCHING: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Baru Bian tidak harus memandang tinggi diri-nya serta mendabik dada dengan membuat tuntutan agar Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berdebat dengannya.
Hakikat bahawa beliau sekadar seorang ahli jawatankuasa lantikan me-nunjukkan beliau tidak ada justifikasi untuk membuat tuntutan sedemikian.
Setiausaha Pemuda PBB Ba’ Kelalan, Richard Silo berkata, pihak parti sudah cukup prihatin untuk melayan permintaannya bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Bagaimanapun, dari-pada berpura-pura menjadi wira rakyat Sarawak dengan menuntut perde-batan dengan presiden kami, beliau seharusnya terdahulu berdebat dengan kami di Ba’ Kelalan,” kata-nya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, memandangkan Baru ingin sekali bertanding di Ba’ Kelalan dalam pilihan raya negeri akan datang, beliau sewajarnya berdebat dengan wakil parti di konstituensi tersebut.
Menurutnya, PBB Ba’ Kelalan amat mengenali Baru secara peribadi ke-rana beliau pernah tiga kali bertanding di konstituensi itu.
“Beliau tewas dalam ketiga-tiga cubaan itu kerana kami di Ba’ Kelalan amat mengenalinya. Ramai orang di Sarawak tidak menge-nalinya seperti kami.
“Maka, kami ingin me-ngeluarkan cabaran kepadanya untuk mengadakan perdebatan terbuka dengan kami mengenai kemajuan di konstituensi Ba’ Kelalan,” katanya lagi.
Beliau menambah, Baru mesti menunjukkan bukti kukuh mengenai pembangunan yang beliau telah bawa ke konstituensi mereka dan bukan sekadar mengeluarkan retorik semasa perdebatan.
Richard yang juga Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, Baru harus berdebat mengenai sumbangannya di konstituensi mereka sebelum melakukan cubaan untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa beliau adalah wira rakyat Sarawak.
Beliau berkata, pemim-pin politik biasanya bermula dari peringkat konstituensi sebelum memperluaskan skop pembabitannya dalam politik.
“Justeru, kami meminta beliau membuktikan ke-wibawaannya di konstituensi Ba’ Kelalan terlebih dahulu sebelum mencuba untuk menjadi wira politik di mata rakyat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Belaga, Henry Kilah Talek yang juga Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, beliau merasa malu dengan Baru kerana menuntut perdebatan dengan Taib yang sudah banyak membantu masyarakat mereka.
“Sebagai Orang Ulu, saya merasakan ia tidak wajar baginya untuk menjadi wira sedangkan Ketua Menteri telah membantu masyarakat kami.
“Sebenarnya, saya berasa malu dengan cabarannya yang seakan-akan memperkecilkan kepimpinan seorang individu yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan negeri ini,” katanya.

Apa Ni...




PRESIDEN PAS HADI AWANG semalam elah menghina beberapa suku kaum di Sarawak yang berpakaian cawat ketika menjalankan Kempen PRU NEGERI itu dan seteusnya juga berpakaian sedemikian semasa mereka pergi Mengundi. Menurut beliau,orang2 sebegina dikira sebagai OTAK SUKU dan tidak layak mengundi PAS dan parti2 yang bernaung dibawah Pakatan. Malah, pakaian Iban ini tidak sewajarnya lagi dipakai di saat Negara kini semakin maju.

   Pakaian Cawat seperti orang2 Iban adalah pakaian orang ketinggalan zaman dan tidak sewajarnya dijadikan pakaian utama masyarakat Suku2 Kaum tersebut. HADI AWANG turut menfatwakan bahawa mana2 pemimpin yang mengundi PAS dengan berpakaian CAWAT sebagai HARAM. PENGHINAAN Hadi Awang terhadap suku kaum ini telah menimbulkan kemarahan kemuncak terhadap Ahli Parlimen Marang tersebut. Mereka juga mendesak agar Hadi Awang diharamkan menjelaki bumi Sarawak seta merta.

wow...apa sudah jadi kepada orang di sana..